Tuesday, 18 June 2013

Muslimah Hina

Duka semalam belum pulih sepenuhnya . Raut wajah mungkin boleh dipalsukan , namun getar di hati tiada siapa yang tahu . Tanpa sedar ada titisan jernih di tubir matanya , hati dia mula bercerita sendiri .

" YA ALLAH , aku lemah , aku tak berdaya , aku perlukanMU namun aku hamba yang penuh dosa dan noda . Terasa kelamnya hati ini , aku malu ,YA ALLAH . Malu sekali denganMU .
YA ALLAH , ampunilah aku . Aku lemah YA ALLAH , ampunilah segala dosaku padaMU , maafkanku kerana telah menzalimi diriku sendiri "

Lantas bibirnya menyebut " La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntumminazzolimin " . 
Tangan diraup perlahan pada wajahnya . Perlahan-lahan senyuman diukir di wajahnya .
Tangan kanannya diangkat diletakkan di dada . Hati ini milik ALLAH dan hanya milik ALLAH .
Dia tekad untuk berusaha mengubah hati ke arah lebih baik . Dia tekad . Demi ALLAH , dia harus berjuang , berjuang mengawal keinginan dan hawa nafsu yang mencengkam .
Dia tekad untuk berusaha sedaya mampu . Dia tekad untuk berusaha menjadi muslimah yang baik di sisi ALLAH .

Dia kuat kerana ALLAH dan kerana ALLAH dia kuat . Dia tahu ALLAH bersamanya . Dia mungkin lelah , mungkin rebah , tapi dia akan bangkit kembali kerana ALLAH . Dia akui dia seringkali rebah dan hanya kepada Tuhannya dia bersandar . Dia bangkit kerana mengingatkan airmata Rasulullah SAW yang telah mengalir terlalu banyak kerananya . Dia sebak menahan di dalam dada . Dia malu dia umat baginda yang tak sempurna . Dia malu sekali kerana pernah terleka , terasa jauhnya diri dari ALLAH  , jauhnya diri dari Rasulullah SAW , jauhnya dia dari cahaya Islam .

Airmatanya sering mengalir tanpa sedar mengingatkannya . Dia begitu terbeban dengan dosa-dosanya .
Terasa berat sekali menanggungnya . Apakah ada peluang untuk dirinya menggapai keampunan ALLAH apatah lagi keredhoan dariNYA  ??

Hati kecil selalu menangis ketakutan . Bimbang keadaan dirinya di akhirat kelak dalam mahkamah agung ALLAH . Bibir meratib asma'NYA dalam diam . Sepinya diri , sepinya hati , Ya RABBI .
Dalam diam , dia berusaha memperbaiki hati kerana dia sedar dia bukan apa-apa tanpa ILAHI .
Dia masih lagi merangkak perlahan dalam mecari redho ILAHI . Adakah ALLAH menerimanya ??
Dia menundukkan wajahnya dalam kesayuan .

Dia tahu ALLAH Maha Mendengar setiap patah kata di hatinya . Dia tahu ALLAH tahu , kerana itu dia bangkit . Dia tak sanggup lagi menyakiti dirinya . Dia tak sanggup menyakiti Rasulullah SAW .
Dia terluka , parah sekali lukanya . Bilakah akan sembuh ?? Hanya  pada ALLAH .

Dia sebenarnya mencari cahaya kerana dia jahil sekali . Dia inginkan syahid di sisi Tuhannya .
Seorang mujahidah melawan kejinya nafsu , itulah yang diinginkannya .
Kerana dia yakin pada Rasulullah SAW bahawasanya jihad yang terbesar ilah melawan hawa nafsu .

Dia perlukannya demi pertemuan dengan Muhammad SAW . Dalam sepi , dia merindu .
Merindu pada insan yang selalu merinduinya di saat dia belum lagi mengenali dunia .
Dia ingin cinta Rasul .  Dialah muslimah hina .











No comments:

Post a Comment