Kita tak boleh ubah masa lalu kita kan ??
Kelam , hitam , memalukan sekalipun . Semua tu dah tak boleh diundur kembali .
Apa yang penting , kita belajar dan mengambil pengajaran dari kesilapan lalu .
Biarkanlah masa lalu itu berlalu .
Berterima kasih dan bersyukurlah kerana tanpa masa lalu ,
kita tak akan merasa masa depan kan ?
Kerana tanpa masa lalu ,
mungkin saja kita masih di takuk lama ,
tak mahu melakukan perubahan kan ?
Manusia mungkin memandang sinis ,
tapi ALLAH sesekali tidak .
ALLAH tahu kita ingin berubah .
Andai saja ada yang perli kita .
Abaikan .
Kerana kita semua BERHAK berubah ke arah lebih baik !
No comments:
Post a Comment