Monday, 28 March 2016

Kebimbangan Rasulullah SAW kepada Ummah

TREND Yahudi menjadi IKUTAN


Berdasarkan hadis sahih Imam Bukhari , Al Munawi telah berkata ,

" Perumpamaan hadis ini bahawa umat Islam mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani adalah mengikut di dalam melakukan maksiat dan bukanlah kekufuran mereka "

Antara sebab utama ALLAH mencela dua golongan ini , kita boleh tengok pada Surah Al-Fatihah ayat 7 yang bermaksud ,

" Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka dan bukanlah jalan orang-orang yang telah Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat "

Maksud Al-Maghdub dalam Surah Al-Fatihah tadi ialah dimurkai dan ia adalah celaan kepada Yahudi uyang tidak beramal dengan apa yang telah mereka ketahui dan sesat dalam ayat 7 berkenaan iaitu adh- Dholin adalah celaan kepada Nasrani yang beribadah tanpa ilmu dan petunjuk syariat.

Begitulah yang berlaku kepada umat hari ini , mereka beramal mengikut apa yang mereka sangka baik pada fikiran mereka walaupuan tidak berketepatan dengan kehendak wahyu. Mereka beramal tanpa mengetahui asal usul sesuatu ibadah itu.

Terkadang mereka hanya mengikut-ikut tanpa adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu ibadah itu.
Kebimbangan ini telah sekian lama di dalam hati seorang manusia mulia, Muhammad Rasulullah SAW. Betapa Rasulullah SAW khuatir dan kasih pada ummahnya walau ketika kita masih belum lahir lagi. Inilah sebab mengapa Rasulullah SAW menganjurkan kita mencari ilmu sebanyak-banyaknya supaya ia mampu menjaga kita.

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"

Sirru 'ala Barakatillah.
Salam 1 Ummah .
Salihah Jaafar
29032016
20 Jamadilakhir1457H




No comments:

Post a Comment