Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak menulis di laman ini. Berhabuk penuh debu dah.
Ayoi yoi. Tapi takpew, no one reach my blog..hehe. Tinta-tinta ini hanya buat diri sendiri.
Menulis untuk mengurangkan rasa tegang dan down dalam diri.
Menulis untuk counter back myself ...
Allahu..
Terasa nak berkongsi sesuatu. Macam nak menangis tapi hold inside. Taknak ada sesiapa nampak mutiara itu mengalir membasahi pipi ini.
Ya ALLAH.
Rasa sedih dan terkilan sangat.
Terkilan dengan diri sendiri. Persoalan-persoalan yang timbul di benak fikiran , ketakutan demi ketakutan pada amanah yang diberikan. Ya ALLAH , hamba redha dengan apa Engkau beri. Tapi cukup terkilan bila diri ini tak mampu nak tolong orang sekeliling dengan sebaiknya. Malunya.
Nak menangis sangat. T_T
Kenapa tak boleh nak buat kerja baik-baik, kemas dan tersusun?
Sedihnya dengan diri sendiri. T_T
Allahu...
ujianMU kan ?
pastinya ada tarbiah dan perubahan yang lebih baik untukku.
Yakin padaMU .
Tetap sangka baik padaMU.
Kerana ku tahu Engkau lebih kenal hambaMU ini.
Tiada lain yang ku pinta ,
melainkan agar aku sentiasa menjadi hamba
yang bergantung harap padaMU,
Sepenuhnya meletakkanMU tempat daku bergantung.
Mana mungkin YA ALLAH
aku berdiri tanpaMU ?
Terlalu lemah.
Sangat lemah.
Tapi takkan nak lemah je sokmo ? Pastu time bila nak kuatnya?
Kan Ya ALLAH ?
Aku tak boleh terus menerus membiarkan perasaan down menguasai diri ini.
Positif diri dan mengharap yang terbaik pada ALLAH.
Motivate yourself , ingat di setiap yang terburuk pasti ada yang terbaik.
ALLAH kan Maha Hebat . Percayalah di celahan kaca itu ada permata .
Yakin dengan ALLAH kerana keajaiban itu milikNYA .
Terus yakin dan percaya, sayang .
